Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
Seperti yang kite ketahui..Negara
kite nie banyak tugu...Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang
Laut kat langkawi dan sebagainya..Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti
wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa "segala tugu-tugu itu
serta pembinaannya adalah haram..ciri-cirinya menyerupai berhala dan melawatnya
juga adalah haram.."
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2
boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi
sayang2...Pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak
mufti menarik balik fatwa itu..Setelah berbincang..Mufti tersebut tidak mahu
menarik balik fatwa itu...Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut
maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...Tiada tindakan undang2 yang boleh
diambil...
Menurut kupasan Ustz. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau
berkata... "bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan
Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar
zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu".. dan
kata beliau lagi... "walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita
'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat
dosa tersebut iaitu dosa syirik"...
Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama
negeri perlis iaitu perlis indera kayangan..." Menurut kamus dewan...
indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana
tuhan2 bersemayam..Maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu
bersemayam"..Menurut beliau..Nama perlis ini juga mendatangkan dosa
syirik...
Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah
kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa, mana2
undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan
undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2
hudud..iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah..
Kata beliau seterusnya.. ..
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya
mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. Mereka yang mengatakan bahawa hukum hudud itu
zalim(bermakna allah juga adalah zalim...
Wallahualam
Tips Untuk Membaiki Dan Menambahbaikkan Solat
Baru
saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa
terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik
adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali)
selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya
dirikan terlalu rendah kualitinya.
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun
solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara
ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2
minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.2 perkara yg
elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm
lafaz niat :
1). Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat
takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang,
telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula
cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg
wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di
bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari
telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke
paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah,
syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak)
utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada
ruang utk mereka.
2)
Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari
pusat
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib
dan
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman
hamidah..." dan
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg
tertinggi". Tertib sujud ialah dgn
meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi.
Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit
ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu
jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari
shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas
kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan
atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar
ibu
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun
menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu
kita bangun atau kedua2 tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....
illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan
diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh
mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita.
Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit
bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan
sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung
dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit
kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu
melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa. Seterusnya
sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain
yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.
Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita
memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat
kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang >(antara
caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak telekung
atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma
dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan
warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa
telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat,
cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin.
Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.
Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan
manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya
pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika
bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3)
Pertama
sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan
melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh
kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm
telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya.
Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya
mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi
khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian
persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab
pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susahdi alam baqa'.
Bacaan-bacaan wajib dalam solat (Talaqqi)
Bacaan yang menjadi rukun solat
1) Takbiratul-Ihram
2) Surah Al-Fatihah
3) Bacaan Tahhiyat Akhir
4) Bacaan Selawat pada Tahhiyat Akhir
5) Salam yang pertama
Ada 5 kesemua nya. Ni rukun tang bacaan sahaja tau. B-A-C-A-A-N. Jadi kena
betul dan tepat bacaan nya. Tiada yang lain selain betul dan tepat belaka.
Syarat bacaan dalam solat
1) Disyaratkan membaca Al-Quran dalam bahasa Arab sepertimana ianya diturunkan
ke atas Rasulullah SAW
(Bagaimana kita mahu diction dan pronounciation dalam Bahse Inggeris harus betul, begitu juga diction dan pronounciation dalam bahse Arab juga harus betul dan tepat ye)
2) Disyaratkan
juga membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dalam bahasa Arab. Tidak boleh
membaca terjemahan Surah Al-Fatihah sebagai ganti bacaan.
(Maksud di sini tidak boleh baca dalam tulisan Rumi. Sebab bila kita baca terjemahan 'makhraj' dan 'mad' dia akan lari. Oleh itu kita dituntut supaya belajar bahse Jawi dan Arab jika tidak tahu)
3) Bacaan
hendaklah sekurang-kurangnya boleh didengari oleh telinga pengucap itu sendiri.
(Ok yang ni. Gi mana anda membaca bacaan
dalam solat? Biasa orang pompuan baca slow seolah berbisik
Peringatan!!! (ada gak dalam buku siap ngn
tanda seruan)
1) Kesalahan bacaan dalam sembahyang boleh menyebabkan sembahyang seseorang itu
terbatal
(Ok yang ni, bacaan sunat kalau salah,
BATAL solat. Jadi makanya bacaan yang sunat nak kena perbetolkan jugak, kalu
tak tak payah baca sebab sunat)
2) Bacaan wajib hendaklah diutamakan terlebih dahulu (utamakan yang 5 rukun di atas dulu)
3) Wajib mempelajari bacaan-bacaan dalam solat dengan seberapa segera (jangan
ditangguhkan)
4) Jika terbatal solat imam, maka solat makmum juga terbatal
5) Pemilihan Imam – hendaklah mengutamakan mereka yang betul bacaan nya
6) Berdosa bagi seseorang yang menjadikan dirinya sebagai imam jika terdapat
orang yang lebih baik (lebih betul) bacaan daripadanya
7) Haram mengikut imam yang diketahui telah mencacatkan syarat sah dan rukun
sembahyang (kalau tahu terus niat keluar berjemaah)
8) Tidak sah mengikut imam yang salah bacaan solat dengan sengaja
a) Sedar kesalahan yang dilakukan tetapi tidak membetulkannya
b) Tidak membaiki bacaan setelah ditegur oleh mereka yang Arif.
Ciri-ciri kesalahan nyata (kesalahan
besar)
- kesalahan yang berlaku pada sebutan huruf & tanda bacaan sama ada membawa
kepada perubahan makna atau tidak
- kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa jika disengajakan ataupun tidak
- ada 7 kesalahan semuanya
1) Kesalahan pada huruf
a) Tertukar sebutan sesuatu huruf kepada huruf-huruf yang lain (boleh mengubah
makna)
b) Tertukar sebutan huruf hijaiyyah kepada yang bukan hijaiyyah
2) Kesalahan pada baris
a) Tertukar sesuatu bacaan baris kepada baris yang lain
3) Kesalahan pada tanda Sukun (tanda mati)
a) Membariskan huruf yang sukun (mati)
b) Mematikan bacaan huruf yang berbaris
4) Kesalahan pada bacaan Mad (asli)
a) Menghilangkan bacaan Mad asli
b) Memanjangkan bacaan yang bukan bacaan Mad
5) Kesalahan dalam bacaan Tasydid (Sabdu)
a) Meninggalkan bacaan tasydid pada bacaan yang bertasydid
b) Mentasydidkan bacaan yang tidak bertasydid
6) Mengurangkan atau menembahkan bacaan huruf
a) Mengurangkan bacaan sesuatu huruf pada perkataan
b) Mengurangkan bacaan huruf pada satu-satu ayat
7) Kesalahan dalam riwayat (tiada dalam riwayat)
Wajib membaca Al-Quran dengan salah satu daripada riwayat yang mutawattir. Jika
bacaan tiada dalam riwayat maka bacaan sebagai Al-Quran tertolak
Ciri-ciri kesalahan tidak nyata
(kesalahan kecil)
- kesalahan tidak melibatkan sebutan huruf dan tanda bacaan tetapi hanya
melibatkan kesempurnaan bacaan Al-Quran dan tidak menyebabkan berlakunya
perubahan makna
- kesalahan ini tidak dihukumkan haram tetapi dihukumkan makruh sahaja namun
begitu kesalahan ini boleh menjadi haram jika dilakukan dengan sengaja dengan
meremehkannya sedangkan dia tahu akan bacaan yang betul
1) Tidak menyempurnakan bacaan dengung dengan kadar yang ditetapkan ulama
tajwid
2) Tidak menyempurnakan bacaan mad far’ie mengikut kadar yang telah ditetapkan
ulama tajwid
3) Tidak menyempurnakan bunyi sebutan baris
- Baris di atas (bunyi seperti imalah Kubra atau Sugra, bunyi bacaan tafhim
pada huruf yang bukan tafhim)
- Baris di bawah (bunyi seperti bacaan Imalah Kubra)
- Baris dihadapan (hendaklah disempurnakan dengan memuncungkan atau membulatkan
mulut, sebutan baris dhommah berbunyi 'O' terutama pada perkataan Tum dan Kum
4) Tidak menyempurnakan bacaan Tarqiq (nipis) dan Tafhim (tebal)
- bacaan pada Lam Lafzul Jalalah (yang ni huruf 'Lam' pada perkataan Allah nak
baca nipis atau tebal)
- bacaan pada huruf Ro
5) Mencampur adukkan riwayat dalam satu ayat atau surah
- Makruh mencampurkan berbagai-bagai wajah bacaan walaupun dalam riwayat yang
sama (Contoh : Mad Arid Lissukun ada 2, 4 dan 6 harakat. Kena pilih satu. Kalau
baca 2 harakat dari awal ayat kena sama sampai akhir ayat. Tak boleh sukati
campur kejab 2 harakat, kejab 4, kejab 6 harakat)
- Makruh mencampurkan bacaan berbagai riwayat dalam satu-satu bacaan
- Bahkan lebih makruh mencampurkan bacaan berbagai riwayat dalam satu ayat.
Di sini satu contoh yang kesalahan bacaan kerap berlaku dalam bacaan tahhiyat
akhir ayat kedua
Yang warna kuning tu dibaca pendek sebab tak de
bacaan mad kat situ.
Perkiraan
Ajaib tetapi benar!
Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap
kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat
kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi,angkasalepas, perubatan, geologi,
kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus
daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Subhanallah….
Tafsir Mimpi Mengikut
Islam
- Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
- Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
- Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
- Bermimpimemasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang ituberada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
- Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
- Bermimpimemohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah andaalamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatupekerjaan yang dilakukan
- Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
- Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
- Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
- Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
- Jikabermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaanyang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
- Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
- Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
- Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
- Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
- Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
- Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
- Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
- Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
- Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
- Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
- Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
- Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
- Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
- Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
- Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
- Bermimpiberkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapatkeredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akanmendapat keuntungan yang besar
- Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
- Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
- Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
- Jikabermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jikamakan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akantercapai
- Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
- Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
- Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
- Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
- Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
- Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
- Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
- Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
- Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
- Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
- Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
- Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
- Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
- Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
- Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
- Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
- Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
- Jikabermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginyadengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
- Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
- Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
- Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
- Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
- Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
- Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
- Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
Rahsia Solat
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia
dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita
di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita
di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di
dalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam
kubur.
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita
dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh
mungkar & nangkir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Dosa Meninggalkan
Solat
Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu
Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60
tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)
Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah
Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.
Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang
meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu
dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah
berdosa kepada Allah SWT."
Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia
a. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
b. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
c. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
a. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
b. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
c. (su'ul khatimah)
d. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
a. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima
hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
b. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
c. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul
(seperti jari bertemu jari)
d. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
a. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
b. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
c. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu
satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu'akkad yang sangat
dituntut - ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.
Perkara Sebelum Tidur
( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al
Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Kalau rajin..
Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Muslim yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..
Solat Menurut Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani
Menurut Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, solat terbahagi kepada empat
bahagian iaitu:
1. Solat Fardhu Ain
2. Solat Fardhu Kifayah
3. Solat Sunat
4. Solat Makruh
1. Solat Fardhu Ain
i. Solat orang yang hadir, yang mukim pada satu tempat,
kawasan ataupun kediaman
ii. Solat orang yang musafir
iii. Solat Jamak bagi musafir dan hari hujan
iv. Solat Jumaat
v. Solat di dalam keadaan ketakutan atau waspada
seperti di dalam peperangan yang belum mengikuti (turut) di dalam peperangan
itu
vi. Solat di dalam keadaan sangat takut atau waspada
yang sudah terjadi dan turut serta di dalam peperangan itu dan di dalam
keadaan yang tidak aman
vii. Solat Qadha (ganti) solat fardhu yang ditinggalkan
viii. Solat orang sakit
ix. Solat I'adah dua kali kerana rosak solat yang
pertama
x. Solat orang ma'zur iaitu yang diuzurkan (iaitu solat
mereka yang ketiadaan air dan tanah)
2. Solat Fardhu Kifayah
i. Solat Jenazah
ii. Solat berjemaah
3. Solat Sunat
i. Solat Sunat kedua-dua hari raya (Aidil Adha dan
Aildi Fitri)
ii. Solat Sunat gerhana bulan dan matahari
iii. Solat Sunat mohon hujan
iv. Solat Sunat Rawatib
v. Solat Sunat Witir
vi. Solat Sunat Dhuha
vii. Solat Sunat Taubat
viii. Solat Sunat Tahajjud
ix. Solat Sunat Istikharah
x. Solat Sunat Tarawih
xi. Solat Sunat Tahiyatul Masjid
xii. Solat Sunat Tasbih
xiii. Solat Sunat Zawal
xiv. Solat Qadha solat sunat
xv. Solat Sunat balik dari bermusafir
xvi. Solat Sunat Wudhu
xvii. Solat Sunat Azan
xviii. Solat Sunat Muthlaf
xix. Solat Sunat Hajat
xx. Solat Sunat Tawaf
xxi. Solat Sunat tatkala hendak keluar rumah dan kembali
xxii. Dan lain-lain lagi
4. Solat Makruh
i. Solat di dalam keadaan hendak membuang air besar
atau kecil atau buang angin
ii. Solat di dalam keadaan yang sangat lapar (yang bukan
di dalam Ramadhan dan puasa sunat atau ganti)
iii. Solat di dalam keadaan yang sangat dahaga (yang
bukan di dalam Ramadhan dan puasa sunat atau ganti)
iv. Solat di dalam keadaan yang sangat ingin memakan
makanan jika sudah hadir makanan di hadapannnnya atau hampir hadir
(dihidangkan)
v. Solat di dalam keadaan yang sangat mengantuk
vi. Solat tidak di dalam shaf
vii. Solat walhal jemaah sudah berdiri
viii. Solat pada waktu karahiyah, boleh menjadi haram jika
tidak mempunyai sebab. Perkara ini juga disebut dengan Waktu Tahrim1
(diringkaskan daripada kitab Bughyatul Thullab, halaman 108 sehingga 111,
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani)
Waktu Tahrim1 (waktu yang diharamkan solat)
Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani,
halaman
30 sehingga 32
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI
HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda
tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu
berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai
sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia
akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda
Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu
seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia
akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya
diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah,
silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya
: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung
kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada
mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang
kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak
sembahyang.
Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab
dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi
Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh
Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu
juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat
insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya
itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di
dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya
seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".
Jgn
Sambut 1 Januari Kenapa???
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin. Dibawah ini adalah
intipati kuliah beliau yang sempat disalin. Diantara lain, beli mengupas ayat
120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong
itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam
itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan
kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah
(sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam
yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam.
Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja
cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus
sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja
disekeliling kita... Contohnya,haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara
tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka???
21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Domini"
bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan
"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan
sebagai "....
beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan." Nauzubillah .... Insaflah
kita kerana secara halus kita mungkin termasukdalam kategori umat Nabi Muhammad
SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.
Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun
>baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan olehb Sheikh-ul-Azhar,
Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut
31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi
mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita
sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD.
Nauzubillah.
Sesugguhnya yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang kurang serta salah
>dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.
Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah
ANNO = tahun ...... DOMINI = Tuan/Tuhan (Lord)
Ini perkataan LATIN .. perkataan Englisch ANNUAL (tahunan) berasal dari Anno.
Perkataan DOMINATE (menguasai) .. pulak berasal dari DOMINI...
Anno Domini maksudnya "YEAR OF THE LORD" atau tahun yg menandakan
kelahiran seseorang yg dianggap sebagai Tuhan.. (Jesus)
Petua Makanan & Hikmah Dalam Islam
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada
gandum yang baik dimasak dalam pembakar
roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk
sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang
sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.
Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan
potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah
menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran
keluar haid, membanyakkan susu dan
membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis.
Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh
dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.
Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup
barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu
kepala dengan basil yang dicampurkan
air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan.
Baik untuk menghilangkan sembelit.
Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan
madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj):
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran
haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna
untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga
melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan
dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal
sauda kerana biji ini ubat semua
penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa
"ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan
angin dalam usus dan demam. Baik untuk
merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan,
baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun
jika dimakan terlalu banyak boleh
menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik
ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia
merupakan campuran (rempah ratus)yang digunakan dalam resepi masakan hampir
tiga suku penduduk dunia.
Limau
Limau kulit teb al, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah
bersabda, "Limau ini adalah seperti
mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ
hati serta dapat menjauhkan kesedihan
dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan
kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda
menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik
untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi
s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau
tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak
diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan
hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah
masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar
dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim
adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat
lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya
tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya
dengan emas". Antara khasiat hulbah
membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk
memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda
kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah
buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan
penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh
tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang
tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang
gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk,
untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan
serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini
maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama
kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan
dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka
dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman
yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar
atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan
rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang
terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan
dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas
boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda
Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat
pada penghuni rumah yang ada madu didalamnya. Jika seorang itu makan madu,
seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah
sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan
dengan madu setiap pagi ketika perut
kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling
berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya
dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang
dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan
sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu
menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu
banyak memakannya
juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut
tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang
yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata
lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging
kambing. Ianya bersifat panas dan
lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai
daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta,
kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga
melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang
pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk
Hikmat, Rahsia Dan
Khasiat Surah-Surah & Ayat-Ayat
(1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara
dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada
kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca
sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam
hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan
fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali
sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah
dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang
miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan
terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca
ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang
tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya
Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan
para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca
sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain:
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat
baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000
kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan
1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum
tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan
mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan
terselamat dari kejahatan para penjahat.
(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin
selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa
wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah
ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia
tidak akan bercakap dusta lagi.
(8 SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala
bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal,
ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang
fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya.
Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan
para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai
dan dihormati oleh sekalian manusia.
(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus Perhubungan)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan
mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai
atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil,
nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang
siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta
ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini,
pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat
dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak
11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan
kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari
kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya
Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan
barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan
sembuh.
(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya
anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan
yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan
terselamat, dari gugurnya.
(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat
80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan
dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
(19) (SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang
siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang
murah.
(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu
pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat
25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya
otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat
sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu
minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa
membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada
karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.
Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum
sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu
dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan
binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke
atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan
hilang bisa-bisa itu.
(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan
mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah
ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya
akan halus.
(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya,
nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak
menzaliminya.
(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit
terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah
ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak
yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan
jasmani.
(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan
mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60
hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(35) SURAH SABA' (
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya
dari rosaknya tanam-tanaman.
(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati
perniagaannya.
(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan
hati Al-Quran ialah surah Yaasin."
Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana
Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.."
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu
membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut,
nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin
benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan
cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa
istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan
diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan
maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam
itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi,
andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia
akan diselamatkan dari siksa kubur.
Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan,
Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah
ketakutan pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di
dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda
sekalian.
(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati
Ya'juj dan Ma'juj
Hingga apabila dia [Zulqarnain] sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati
dihadapan kedua-duanya kaum yang hampir tidak dimengertikan bahasa mereka.
Mereka berkata, "Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu,
golongan yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami mengupahmu
supaya kamu membuat dinding di antara kami dan mereka?" Zulqarnain
berkata, "Apa yang telah Allah perkuatkan aku lebih baik. Justeru,
tolonglah aku dengan kekuatan [manusia dan peralatan], agar aku membina dinding
di antara kamu dan mereka." "Berikanlah aku kepingan-kepingan
besi." Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua [puncak]
gunung itu, Zulqarnain berkata, "Tiuplah [api]." Hingga apabila besi
itu sudah menjadi [merah seperti] api, dia pun
berkata, "Berilah aku tembaga [yang mendidih] agar ku tuangkan ke atas
besi panas itu." Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka tidak mampu
juga menembusinya. Zulqarnain berkata, "Ini [dinding] adalah rahmat dari
Tuhanku. Maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur
luluh, dan janji Tuhanku itu adalah benar." Kami biarkan mereka di hari
itu bercampur-aduk di antara satu sama lain, kemudian ditiup lagi sangkakala,
lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.
[Al-Kahfi: 93-99]
Hingga apabila dibukakan [tembok] Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan
cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang
benar [hari kebangkitan], maka tiba-tiba terbelalaklah mata golongan kuffar.
[Mereka berkata] "Aduhai, celakalah kami. Sesungguhnya kami adalah dalam
kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah golongan yang zalim.
[Al-Anbia': 96-97] *crybaby*
AL-QURAN tak banyak cerita pasal Ya'juj dan Ma'juj ni. Sebabnya al-Quran bukan
buku sejarah, bukan juga novel. Yang penting dalam kisah ni, adalah manusia
mengambil iktibar kekuasaan Allah, yang boleh mencipta dunia ini, dan mampu
menghancurkannya. Ya'juj dan Ma'juj adalah tanda kebesaran Allah, menunjukkan
dunia ni makin hampir ke saat-saat akhirnya. Bila ana cerita sebelum ni, ana
fikir hanya sebagai lintasan jurnal, tazkirah kepada diri sendiri dan juga
kepada pembaca yang nak ambik iktibar. Sebab itu, ana cerita tak habis, ana
kutip sikit-sikit. Tapi memandangkan ramai yang nak tau lebih lanjut, ana
terfikir, kenapa ana tidak ceritakan secara lengkap, berdasarkan al-Quran,
as-Sunnah dan sumber-sumber lain?
Tak seperti kitab-kitab suci Yahudi dan Kristian yang telah disongsangkan,
al-Quran hanya menceritakan bagaimana Ya'juj dan Ma'juj ini boleh terperangkap
dan bila pula mereka dapat tembusi sekatan itu dalam dua buah surah. Itu pun,
surah pertama dalam tujuh ayat, dan yang kedua hanya dua ayat sahaja. Yang
penting, kita ambil iktibar, betapa manusia yang semakin rosak dan merosakkan,
akan bertemu dengan yang lebih rosak dan yang lebih merosakkan. Keangkuhan
manusia tumpas juga!
Lughawiyyin [ahli bahasa Arab] berselisih pendapat dalam menentukan asal
kalimah ni. Kebanyakan mereka beranggapan Ya'juj dan Ma'juj ni berasal dari
kalimah asing, manakala sebahagian kecil lagi berpendapat memang dari bahasa
Arab yang asal.
Ya'juj dan Ma'juj ni pun manusia cam kita. Mungkin sebelum ni kita
menggambarkan mereka macam makhluk asing, ala, cam Aliens, Species, ET atau
seribu satu lagi makhluk kat planet Zarqon. Pada zaman Nabi Nuh, Allah turunkan
bala kepada manusia kerana engkar. Lalu seluruh dunia mengalami bah besar.
Mungkinkah waktu bah besar ni, dinasor semua mati? Selepas bah, Nabi Nuh
mendapat tiga orang anak. Ada disebut dalam hadis, nama-nama anak Nabi Nuh ni.
Dari Sam, maka berkembang-biaklah umat Arab, Parsi dan Rum. Dari Ham, muncul
pula bangsa Habshah, Zinj [orang kulit hitam] dan Nubah [satu bangsa yang
tinggal sekitar selatan Aswan hingga Dunqalah, Sudan]. Dari Yafith nilah Ya'juj
dan Ma'juj berasal, sekali dengan bangsa Turki dan Thaqalibah. Aku tak pasti
Thaqalibah ni bangsa apa tapi macam bangsa yang telah lenyap dari bumi.
Ada ahli yang pakar dalam ilmu nasab-nasab ni, [antropologikah?] beranggapan
bangsa lain yang keluar dari Yafith, ialah A'ri dan China. A'ri aku tak pasti
bangsa apa, tapi dorang ada di India, Iran dan juga di Eropah. Jadi, mereka
membuat kesimpulan, bangsa China, India dan Asia Timur juga berasal dari
Yafith. Aku tak jumpa bangsa Asia Tenggara dari mana. Tapi mungkin juga kita
semua ni dari Yafith, ada bau-bau stokin dengan Ya'juj dan Ma'juj. Boleh jadi
kita pun berpotensi jadi bangsa perosak. Nengok kan perangai manusia bangsa
kita pun, memang dah makin rosakkan?
Rafthah terselamat pasal dia orang Arab, moyang dia Sam. Dalam hadis ada
disebut jumlah mereka. Bukhari ada meriwayatkan antara hadis itu, yang menyebut
setiap 1000 penghuni neraka, 999 terdiri dari Ya'juj dan Ma'juj, 1 pula dari
kalangan manusia lain. Dalam satu hadis yang gharib, ada disebut mereka tak
akan mati melainkan setelah meninggalkan lebih dari 1000 zuriat. Wallahu'alam
sama ada betul atau tidak. Tapi kesimpulannya, memang Ya'juj dan Ma'juj ni
banyak gila, melampau-lampau.
Allah tak memberitahu kat mana tempat mereka berkurung. Nasib baik Allah tak
dedahkan, sebab manusia ni bukan boleh percaya sangat. Nanti ada pula manusia
gila kuasa yang cuba bebaskan mereka dan konon-kononnya nak bekerjasama [tak
pun nak berdakwah, ahaks!] untuk perintah bumi ni. Dengan Presiden Amerika Si
Bush tak pun Israel dengan Ariel Sharon tu, memang tak boleh percaya.
Tapi ulama' dengan ijtihad mereka cuba mengesan kat mana mereka berada. Ibnu Abbas
beranggapan mereka ni berada di sempadan Turki, berhampiran Armenia dan
Azerbaijan. Al-Alamah Jamaluddin al-Qasimi menyebut, sebahagian ahli sejarah
beranggapan, Ya'juj dan Ma'juj berada di belakang pergunungan Qauqaz di wilayah
Daghistan. Tapi puak tu namaya Aquq dan Maquq, yang menjadi moyang kepada
kebanyakan bangsa di utara dan barat kepada Rusia dan Asia. Abu A'la Maududi
pula beranggapan Ya'juj dan Ma'juj ni ialah bangsa Rusia dan Utara China, yang
dikenali sebagai bangsa Tatar, Monggol, Hun, Sabith dan lain-lain.
Ahli sejarah Yahudi, Busipus pula beranggapan mereka ni ialah kaum Shith yang
mendiami di utara dan barat Laut Hitam. Intelektual Nasrani, Jirum pula
berpendapat Ya'juj dan Ma'juj ni tinggal di utara Qafqaz, berhampiran Laut
Khazr [aku fikir Laut Caspian]. Okey, kalau ikut realitinya, di antara Laut
Caspian dan Laut Hitam ada banjaran gunung Qauqaz yang memisahkan antara
bahagian utara dari selatan. Di sekitar banjaran tu ada laluan sempit yang
dinamakan Darabal. Kat situ memang ada tembok besi yang dibina umat zaman dulu
yang agak menyerupai ciri-ciri yang disebut dalam al-Quran tu.
Tapi kat kawasan tu tak ada sangat puak-puak barbaric melainkan yang
kecil-kecil. Sebab tu ada sorang ustaz bagi tau ana [tapi ana lupa pula nak
tanya dia ambil kat mana], tembok besi yang Zulqarnain tu bina sebenarnya
memang tinggi sehingga sama taraf gunung, tapi Ya'juj dan Ma'juj terperangkap
dalam bumi. Korang mesti ingat novel-novel Inggeris pasal penjelajahan bawah
tanahkan? Ada sebuah filem, tapi ana lupa judol filem tu. Mungkinlah, dorang
berinspirasikan kisah ni, kot. Tapi tulah, kuasa dan ilmu Allah, yang manusia
sampai sekarang masih belum dapat selongkar. Dorang boleh agak tempat tu, tapi
tak ada pula dorang jumpa kaum seperti tu. Aku fikir kalau dorang jumpa pun,
tentu dorang dah mampus sebab kena bunuh dengan Ya'juj dan Ma'juj ni.
Camna nak kenal Ya'juj dan Ma'juj, ya. Sebab muka bukan cam Aliens yang
Sigourney Weaver selalu bunuh tu, atau pun raksasa yang dulu tiap-tiap minggu
ultraman dan ahli keluarganya duk bunuh, maka korang tentu tak sukar nak
gambarkan wajah mereka. Ya'juj dan Ma'juj ni berwajah lebar, mata sepet, kulit
kuning kemerah-merahan dan keputih-putihan [entahler warna apa nak ditulis] dan
muka mereka cam perisai yang orang dulu pakai masa perang. Rambut dorang
kelabu. Ada sesapa yang mirip ciri-ciri ana sebut tu?*rolling*
Ya'juj dan Ma'juj ni keluar dari tembok besi tu lepas Nabi Isa yang diturunkan
semula ke bumi berjaya membunuh Dajjal. Aku akan ceritakan Dajjal ni dalam catatan
yang lain walaupun Dajjal muncul dulu. Maknanya, selepas Nabi Isa menghukum
Yahudi dan fitnah-fitnah mereka, barulah Allah izinkan Ya'juj dan Ma'juj
keluar.
Dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi
masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, "Celakalah Arab kerana
kejahatan telah hampir. Ya'juj dan Ma'juj telah menembusi tembok seluas
ini." Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari
telunjuk. Zainab pun bertanya, "Adakah kita akan dihancurkan sedangkan di
kalangan kita golongan yang soleh?" Nabi membalas, "Ya, apabila
kejahatan tersebar."
Maksud kejahatan tu, kefasikan dan kemungkaran. Ada ulama' yang beranggapan
kejahatan tu merujuk secara khusus kepada zina. Agak-agak dah banyak tak zina
kat dunia ni, eh, tengok kat Malaysia sudah lah. Ada sorang kadi yang bagi tau,
dia pernah menahan pasangan yang buat projek atas motor. Atas motor, kawan!
Ceritanya begini, dia naik kereta dia, kat depan tu ada motor. Yang peliknya,
jalan tu rata je, tapi penunggangnya cam naik motor atas jalan yang tak rata,
kira melompat-lompatlah motor tu. Dia pun kejar motor tu, dan bila dah
berselisih, dia tengok yang bawa motor tu pompuan, penunggangnya laki. Yang
pompuan pakai skirt yang singkat, yang laki seluarnya dah terlondeh hingga ke
paha. Dia tahan motor tu. Bayangkan, dalam satu hadis nabi kat akhir zaman,
manusia akan berzina di tepi-tepi jalan cam anjing. Ni kat tengah jalan, dan ni
berlaku di Malaysia yang Dr. M yang kita kasihi kata negara Islam! So, kalau
dah rasa kita ni kat akhir zaman, bawa-bawalah taubat.
Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah, ada cerita menarik. Ya'juj dan Ma'juj ni
setiap hari cuba menembusi tembok besi tu. Setiap kali, mereka hampir selesai
gali dan tembusi tu, matahari pun nak terbenam. So, Presiden Ya'juj dan Ma'juj
pun arahkan balik dan sambung gali balik esok. Malam tu, Allah tambahkan tembok
tu sekali ganda lagi. Sehinggalah suatu hari yang dijanjikan, Allah memang
mengkehendaki mereka ni tersebar kat muka bumi, maka bila hampir selesai, dan
seperti biasa, matahari nak terbenam, lalu Presiden tu pun suruh balik dan
kata, INSYA-ALLAH kita sambung balik esok. Jadi, berkat si Presiden tu kata
insya-Allah, maka tak ada tambah-tambah lagi dan kekal cam biasa. Besoknya,
mereka gali sikit dan dapat tembusi lalu bertebaran kat muka bumi ni.
Fitnah Ya'juj dan Ma'juj ni terlalu besar dan tersebar kat muka bumi. Even Nabi
Isa yang dapat mengalahkan Dajjal pun tak dapat menahannya. Dan memang janji
Allah, Ya'juj dan Ma'juj ni tak ada sapa yang dapat kalahkan. So, Nabi Isa dan
manusia akan bersembunyi ketika tu. Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya waktu tu
akan bersembunyi di Bukit Tur. Yang lain pun pandai-pandai cari tempat
persembunyian sebab kalau jumpa dengan Ya'juj dan Ma'juj ni memang jadi
arwahlah.
Sekumpulan mereka melalui Tasik Tabariyah, Palestin, lalu minum air tu sehingga
satu puak yang lain bila sampai kat situ hanya berkata, "Dulu kat sini ada
tasik." Maknanya dah kering tasik tu. Sesapa pun tak dapat menahan mereka.
Jadi bila Ya'juj dan Ma'juj ni dah tak jumpa manusia, sama ada kena bunuh atau
sempat bersembunyi, lalu mereka pun mula berlagak gila bangkong. Presiden
mereka pun naik ke atas puncak Bukit al-Khamr di Baitul Maqdis, lalu melaung
sekuat-kuat yang boleh, "Sesungguhnya kita telah berjaya membunuh manusia
yang berada di atas muka bumi. Mari kita bunuh pula yang ada di langit."
Jadi mereka pun pakat-pakat panah langit. Allah nak main-mainkan mereka, lalu
bila anak panah tu jatuh, berlumuran dengan darah. Maka mereka pun bertambah
berlagak gila babi, babi gila pun tak berlagak cam tu.
Tapi Allah takkan biarkan hamba-hamba yang sentiasa taat macam tu. Lalu Allah
turunkan ulat-ulat di belakang mereka. Ulat-ulat ni akan makan daging mereka
cam serigala baham kambing. Ya'juj dan Ma'juj yang rasa kuat, gagah perkasa dan
ego gila tu dikalahkan hanya dengan ulat-ulat kecil. Ingat pasal kisah Abrahah
dengan tentera bergajah yang bongkak, hanya dikalahkan burung ababil dengan
batu-batu kecil. Selalu Allah hukum orang yang rasa gagah perkasa ni macam tu,
dengan haiwan atau benda yang kecil dan lemah. Jadi, kalau rasa tinggi gila,
kaya gila, hebat gila, kuat gila, ingat suatu hari nanti, tak mustahil kita
akan dikalahkan dengan makhluk yang selama ni kita pandang lekeh. Tu belum
Allah turunkan dengan yang setanding. Tak tau nak gambarkan camner kalau Allah
utuskan malaikatul maut dengan wajah mereka untuk menghancurkan Ya'juj dan
Ma'juj tu.
Dengan ulat-ulat tu lah, maka Ya'juj dan Ma'juj mampus. Bila Nabi Isa dan umat
manusia keluar dari tempat persembunyian. Pada masa tu, kerana bangkai-bangkai
Ya'juj dan Ma'juj ni banyak, maka tak ada tempat kat muka bumi ni untuk
berpijak melainkan atas bangkai-bangkai mereka. Camner nak buat ya, mana nak
campak bangkai-bangkai tu kalau tak ada tempat yang kosong? Memang, kudrat
manusia tak boleh nak buat apa-apa dah. Jadi dorang hanya dapat berdoa. Lalu
Allah utuskan burung-burung yang bertengkok panjang. Mungkin burung ereng?
Manakala panah dan busur tu pula orang Islam bakar selama tujuh tahun baru api
tu padam. Allah turunkan hujan sehingga bumi bersih dan Allah perintahkan bumi
supaya menumbuhkan pohon-pohon.
Selepas tu Nabi Isa dan umat manusia pun memulakan hidup. Tapi bukan cam akhir
cerita dongenglah, and they live happily ever after. Nabi Isa akan menegakkan
hukum Islam, ikut syariat yang dibawa Nabi Muhammad saw lah sebab, syariat
Islam adalah penutup kepada syariat-syariat nabi lain. Nabi Isa juga akan
menunaikan haji dan menziarahi Masjid Nabawi. Waktu tu keamanan dan keberkatan
akan tersebar kat muka bumi.
Tapi sebab tu dah akhir zaman, maka keamanan dan keberkatan tu tak bertahan
lama. Nabi Isa akan wafat. Tanda-tanda besar kiamat makin banyak berlaku. Dan
pada suatu hari yang tarikhnya pada pengetahuan Allah, kiamat akan berlaku.
Ana cerita pasal Ya'juj dan Ma'juj ni bukan sekadar menghiburkan hati. Cerita
ni bila kita dengar, sepatutnya kita makin insaf, kita sebenarnya berada di
ambang kiamat. Maka sudah semestinya, bila kita sedar kita berada hampir
begini, kita akan beramal soleh. Amal soleh, bukan hanya bererti duduk atas
sejadah atau dalam masjid. Tapi amal soleh ialah melaksanakan apa-apa jua
perintah Allah. Oleh kesempurnaan dan keluasan Islam ni, maka setiap amalan
mesti berlandaskan Islam.
Bukanlah bermakna bila kita tau Nabi Isa pasti turun, bunuh Dajjal dan
menghukum Yahudi, maka kita kena tunggu. Sebab Allah bukan tentukan pahala kita
pada kejayaan kita, tapi kita dinilai pada apa yang kita buat. Kalau kita
yakin, Islam akan menang, maka mestilah kita kerja untuk memenangkan Islam.
Syarat kemenangan mesti dipenuhi, baru kemenangan dapat. Ya'juj dan Ma'juj,
salah satu tanda besar kiamat. Sebelum tu, tanda-tanda kecil kiamat dah banyak
berlaku. Kalaupun kiamat tu lambat lagi [ikut perkiraan manusia], tapi kematian
bila-bila boleh berlaku. Lagi pun mati tu kan kiamat kecil bagi manusia!
InfoTentang Neraka
1. Neraka Jahannam : Dalil
Surah Al-ankabut ayat 68
Golongan yg masuk neraka ni :
Orang kafir,org2 muafik,org yg lebih senang melakukan kejahatan dr kebaikn
& pengikut syaitan
2.Neraka Jahim : Dalil surah An-Nisa' :115
Glgn yg msuk nraka ni :
Org yg brmegah2 dgn apa yg dia miliki, org yg ingkar akn perintah Allah,org2 yg
mendustakan ayat2 Allah
3.Neraka Haawiah Dalil : Surah Al-Qari'ah : 8-11
Glgn yg msuk nraka ni :
Org yg berat timbangan kjahatan mereka
4.Nerak Wail : Dalil : Surah al-mutaffifin : 1
Glgn yg msuk nraka ni :
Org yg brdusta dgn Agama spt mghina dn mherdik anak yatim, org yg xmahu bri mkn
org miskin,org yg melambat2kan solatnya,org yg enggan byr zakat,org yg suka
mngumpat,org yg brmain2 dgn kbatilan (rasa bngga dlm mlakukan maksiat pd
Allah),org2 yg mngurgkan timbangan dan sukatan dlm mslh jual beli
5. Neraka Sa'ir : Dalil : Surah Al-Mulk : 5
Glgn yg msuk nraka ni :
org yg mkn hrta anak yatim dgn cara yg zalim,org yg mgingkari sgala apa yg
diturunkn oleh Allah,org2 kafir,org yg trpedaya dgn khidupn dunia
6. Neraka Lazha @ Ladhaa : Dalil : surah al-ma'arij :15-16
Glgn yg msuk neraka ni :
org yg brpaling dr agama (murtad), org yg brpaling dr kbenaran Islam,org yg
kumpul hrta benda lalu myimpnnya tnpa byr zakat
7.Neraka Saqar : Dalil : Surah Al-Mudathir : 42-43
Glgn yg msuk nraka ni :
org yg xprnah solat,org yg xprnah beri mkn org miskin,org yg suka brbohong,org
yg mndustakn hari akhirat hgga dia mati,org yg mgingkari urusan trhdp Allah
8. Neraka Huthamah : Dalil surah Al-humazah : 5-7
Glgn yg msuk nraka ni :
org yg suka mgumpat mencela mnghina dn mncari kslhan org lain, org yg suka
kumpul hrta dn brbangga2 dgn hra trsebut tanpa menginfakkn sedikit pun pd jln
Allah,
Firman allah s.w.t
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا
يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya :
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang
kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan
Surah At-Tahrim : 6
Nama Syaitan dalam Surah Al-Fatihah
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam
solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita
menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan
laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.
Nama syaitan;
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA ......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.